Posted on: June 22, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

1. Kenapa apabila Warisan 9 MP menolak cadangan PH menamakan Anwar Ibrahim kita menghormati pendirian itu tetapi PKR 35 MP menolak… kita tidak boleh menghormati keputusan itu?

2. Mengapa Khalid Samad dan Anthony tidak mahu menegur Tun apabila Tun mengatakan Amanah dan DAP mencadangkan nama beliau sedangkan Tun sendiri melantik dirinya sendiri menjadi PM?

3. Bolehkah seseorang yg tiada berparti dilantik menjadi PM?

4. Andaikata Tun pergi buat selama lamanya… adakah Warisan masih menyokong PH Plus? Sedangkan Warisan menyokong PH hanya utk Tun bukan utk kepentingan rakyat ?

5. Mandat rakyat yg sebenarnya tidak termasuk GPS. Mandat rakyat adalah di dlm PH dan sebahagian MP telah lompat ke dlm PN sekarang ini? Menyuruh Tun mengumpulkan MP yg ada… itu bukan mandat rakyat. Tiada bezanya PH Plus dgn kerajaan ‘Tebuk Atap atau kerajaan Muhyiddin’.

6. Jika Tun yg LGE jelaskan tidak mahu memenuhi manifesto PH jadi utk apa beliau disokong menjadi PM. Baik sokong sahaja Tan Sri Muhyiddin.. apa bezanya?

7 Mengapa Mat Sabu dan LGE tidak mahu bertegas dgn Tun bahawa PH hanya menamakan Anwar sebagai PM? Sepatutnya kedua Presiden Parti ini bertegas memilih Presiden PH. Teringat dahulu kita marahkan Hadi Awang pilih KuLi jadi PM jika Pakatan Rakyat menang.

8. Apa jaminan Tun tidak akan membuat onar sdgkan dahulu pelbagai konsensus dibuat habis dilanggar dan tiada suara dari PKR, Amanah dan DAP berani menegurnya.

9. Kenapa kesemua Presiden bertanya kpd Tun apa keperluan dia mahu menjadi PM? Apakah tiada manusia lain yg boleh menguruskan negara ini?

10. Kenapa masih mahukan Tun yg telah menjatuhkan kerajaan PH malah dgn jelas dia menyatakan dia tidak suka kpd DAP. Mana mungkin seorang yg benci dgn parti tersebut boleh menjadi PM yg adil kpd parti2 komponen PH?

Baca onar yg telah Tun lakukan. Jika kita boleh terima Tun apa yg telah dia lakukan bagus pujuk juga UMNO, PAS dan lain2 parti utk bersama sama.

MENGALAH 1: Parti dia baru setahun jagung tp tanpa malu kat PKR, DAP & Amanah dok mintak bertanding terbanyak sampai 52 kerusi. Kita bagi walaupun menang cuma 13 kerusi. Tak per, kita mengalah.

MENGALAH 2: Walaupun menang kedua tercorot, Kita bg kt dia jawatan PM sb dah janji. Agong offer kt kita kita terus pegang janji. Tak per, kita mengalah jugak

MENGALAH 3: Kita bagi senarai nama MP untuk jadi Menteri & Timbalan mengikut komposisi parti yg menang PRU14, dia tak ikut. Dia ikut kepala sendiri. Tak per, kita mengalah lagi.

MENGALAH 4: Janji setahun aje. Lepas tu 2 tahun. Lepas tu hingga hujung tahun. Kemudian lepas APEC. Terakhir, kita bagi dia tentukan sendiri bila tarikhnya. Tak per, kita terus mengalah.
MENGALAH 5: Dah letak jawatan, kita ajak mesyuarat sb nak lantik dia semula. Dia lari. Kita cari kt rumah. Ajak mesyuarat, nangisĀ² drama swasta, mesyuarat tetap tak mau datang. Kita teruskan demi mandat rakyat. Bila dah nak jumpa Agong, tetiba dia datang. Kita bagi peluang dia jadi lagi walaupun asalnya dia dah mcm tak kisah. Tak per, kita mengalah lagi.

Lepas 5 kali MENGALAH, kita masih nak terus mengalah? Tu kalah namanya. Tanya diri sendiri, jika kita berhadapan situasi sebegini, secara akal yg waras yg Allah berikan, ADAKAH KITA MASIH MAHU MENGALAH?

Dr Ariff Kadir Al-Katami

Leave a Comment