Posted on: June 21, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berlapang dada dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri. Pengerusi Biro Pembangunan Wanita Keadilan Perak, Junaida Jamaludin berkata, rakyat sudah jengkel apabila isu pemilihan Perdana Menteri masih diperdebatkan.

“Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi PKR semalam, konsensus Pakatan Harapan (PH) sudah jelas menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perbincangan ini tidak perlu dipanjangkan lagi supaya kita boleh fokus terhadap isu yang menekan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat PKR Negeri di sini hari ini.

Junaida dan Sandrea bersama kepimpinan Wanita Keadilan Perak adakan sidang media menggesa Tun M memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Ia adalah masa yang sesuai untuk Tun Mahathir pula memberikan kebesaran hati kepada Anwar. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng Shy Ching.

Perkembangan terkini PKR dengan ketiadaan kepimpinan wanita pusat dan negeri akibat penggantungan dan pemecatan anggota, kata Junaida, tidak menjejaskan keutuhan reformasi dalam kalangan anggota parti.

“Kami berasa teruja untuk terus bergerak memperkukuhkan kepimpinan wanita Perak dengan sokongan Majlis Pimpinan Negeri yang dipengerusikan Farhash Wafa Salvador,” katanya.

SUMBER

Leave a Comment