Posted on: June 20, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

Mohon dari kalian yg berparti (Amanah – Parti Tindakan Demokratik – Keadilan) hentikan salah menyalah dan serangan antara sesama berkaitan isu lantikan pemilihan PM. Pihak Keadilan itu sendiri telah pun menyiarkan kenyataan media menjawab dan memberikan kata putus. Dah selesai satu masalah berkaitan hal ini.

Jadi sekiranya mereka di ataih sana masih lg dlm perundingan (PH +), mereka berlima itu hanya perlu menerima konsensus yg dah ada. Tetap buleh bekerjasama, bukan tiada langsung jalan penyelesaian cuma “Berlima” itu hanya perlu menghormati konsensus PH. Nak letak sapa org nombor 2 itu, terpulang kpd “Berlima” tersebut.

Mohon dari kalian yg berparti (Amanah – Parti Tindakan Demokratik – Keadilan) hentikan salah menyalah dan serangan…

Posted by Gino Marvela on Friday, June 19, 2020

Dan kami ingin berpesan, sungguhpun mereka “Berlima” itu tidak berparti… sila menghormati keberadaan masalah yg mereka sdg hadapi. PH pun dah buat ketetapan semalam, dah selesai satu masalah. Maka perjalanan seterusnya adalah siapakah gerangan nombor 2 dari wakil “Berlima” tersebut!

Dan sekiranya hal ini buleh di muktamatkan, jalan seterusnya akan lebih mudah.

Jadi kami pohon, tak suka macam mana sekalipun antara mana-mana sosok di kalangan pembangkang tersebut, sila gunakan sedikit sekeping hati itu menghormati antara sesama.

Ini dak sudu…dan oren…dak jambu…dak roket…dak..dak..dak.. macam budak2 walaupun gambar di FB berimej matang. 😏

Jika ini caranya diri kalian, usahlah berpolitik. Usah juga menegur sana sini hal ketirisan, hal periuk nasi rakyat, hal kesihatan. Hadap dan terimalah gaji bulanan, TNB kata buat installment tu janganlah marah. Esok lusa wang hampir RM1bilion yg di rampas dr rumah Najib itu terlepas ke tangannya balik usahlah kalian marah. Perlu angguk…angguk dan terus menjilat bekas sisa yg kleptokrasi tinggalkan.

Kekuatan hanya ada apabila Parti Tindakan Demokratik, Amanah, Keadilan itu bersatu sekuatnya. Dan jika “Berlima” itu juga buleh turut menyertai tapi dgn carah olah kerja baru yg di tetapkan dalam konsensus meja presiden PH…itu adalah sangat cukup baik. Jalan perbincangan itu masih tetap ada & terbuka seluasnya.

Hanya ketetapan yg di buat menyelamatkan 2 keadaan yg terusik kpd sang kuning dan keyakinan ahli parti serta penyokong mereka. Selesai satu masalah, kini siapakah nombor 2 tersebut sebelum bergerak ke arah cahaya di hujung lorong tersebut.

Dan kepada semua para penyokong tak kira kepala kalian itu bujur ka…bulat ka…leper ka, sila jaga mulut dan pena penulisan kalian. Kadangkala yg di lihat maju dlm penulisan yg agak matang pun terbabas menyalah sana sini. Ataih dh macamtu, hat bawah ni pun sama ja keadaannya. Bila nak selesai?

Sila hadam.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Leave a Comment