Posted on: June 19, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

Kenyataan Khalid Samad dan Loke menyebut “KAMI”. Siapa kami? Khalid dan Loke dua orang sajakah. Tajuk tulis Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020.

Cepat sekali kenyataan media dikeluarkan. Bila DAP dan Amanah bermesyuarat bincang kenyataan media PKR? Jangan jangan LGE dan Mat Sabu saja suruh Khalid dan Loke buat kenyataan.

Setahu kita Amanah akan bermesyuarat esok. DAP jarang mesyuarat bincang isu nak sokong Mahathir jadi PM.

PKR buat mesyuarat MPP dan semua MP dan selepas persetujuan dicapai baru keluarkan kenyataan. Kenyataan PKR menyebut nama parti KEADILAN bukan KAMI.

Kenyataan Khalid Samad dan Loke hanya fokus sokong Tun Mahathir jatuhkan Muhyiddin semata-mata tanpa mengambil kira prinsip perjuangan PH yg berteraskan agenda reformasi, mengangkat martabad rakyat, membela nasib rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah.

Khalid dan Loke hanya taksub kepada mengangkat martabad Tun Mahathir sebagai PM kali ketiga tanpa mengambil kira maruah PH dan rakyat.

Nampak sangat Khalid dan Loke hanya fikirkan kerusi Menteri yg empuk.

Inilah bezanya PKR, parti pelbagai kaum yang mengutamakan pelbagai pandangan pimpinan dan MP sebelum membuat sesuatu keputusan penting. Untuk mengambilalih sebuah kerajaan tidak semudah mengambil alih kedai kopi.

Modal majoriti dua tiga MP belum cukup. Pelbagai “scenario planning” dan “strategic planning” perlu dibahas hingga masak. Jangan ikut selera nak makan sedap saja sedangkan rempah ratusnya belum mencukupi. Seorang pejuang akan mengatur langkah berhemah dan berhati hati. Tetapi seorang politikus akan bertindak ikut selera dan dedak yang hendak dikaut.

Leave a Comment