Posted on: June 18, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

1. Sejak beberapa hari ni, ada segelintir orang yang mengatakan Mahathir perlu menjadi PM kerana dengan hanya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri, barulah orang Melayu akan menerima Pakatan Harapan Plus.

2. Sebenarnya imej Mahathir dalam kalangan pengundi Melayu tidaklah sebaik ketika dia memimpin Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas.

3. Hari ini Mahathir sering dilihat sebai alat DAP oleh orang Melayu. Beberapa siri tulisannya di media sosial yang dilihat membela DAP akan menjadikan masyarakat Melayu semakin membenci dirinya.

4. Tindakan DAP semalam yang mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan mendesak Anwar memberikan jawapan kepada Pakatan Harapan seolah-olah memberi gambaran yang Pakatan Harapan sebenarnya sedang dikawal oleh DAP.

5. Ketika mengulas tentang masalah masyarakat Melayu yang masih miskin, Mahathir sering memberikan naratif Melayu miskin kerana orang Melayu malas bekerja. Komentar seperti ini menyebabkan orang Melayu marah, lebih-lebih lagi kebanyakan orang Melayu yang masih miskin lahir ketika zaman dia menjadi perdana menteri.

6. Ketika ditanya tentang isu manifesto PRU14 pula, Mahathir pernah mengatakan ia bukanlah kita suci yang perlu diikuti. Kenyataan ini menyebabkan orang Melayu merasakan diri mereka terkena “kencing hancing” Pakatan Harapan. Akhirnya istilah Pakatan Harapan “hancing” telah berjaya menjadi zikir orang Melayu.

7. Hakikatnya, Mahathir tidak lagi popular dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu mengatakan cuma Mahathir satu-satunya calon perdana menteri dari PH Plus yang akan diterima Melayu adalah tidak benar.

Leave a Comment