Posted on: June 17, 2020 Posted by: Admin Comments: 0

Ia adalah keputusan kurang cerdik dari Amanah dan Dap untuk mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kalau kita kembali mengimbas krisis politik yang berlaku pada Februari lepas, ia sedikit sebanyak berpunca dari Tun Mahathir yang meletakkan jawatan tanpa melakukan perbincangan dengan PH.

Ketika itu, dia membayangkan akan mendapat sokongan daripada semua pihak; dan membina kerajaan campuran.

Pakatan Harapan hari ini terdiri dari Amanah, DAP dan PKR. Plus pula datang dari kumpulan Tun Mahathir dan Warisan.

Dengan jumlah yang besar dari PH, sepatutnya jawatan PM datang dari mereka. Kemudian “plus” yang menjadi jala sejengkal akan diberikan peranan lain – selain PM.

Satu persoalan yang perlu dijawab oleh Amanah dan DAP;

Berbanding memilih Tun M dan meletakkan Anwar pada posisi ya atau tidak; mengapa tidak memilih Anwar dan meletakkan Tun M dalam posisi memilih?

Melihat situasi sekarang, hampir mustahil Anwar mahu kena ‘game’ sekali lagi. Oleh itu, melainkan mereka boleh menjadi kerajaan tanpa PKR, baik dilupakan sahaja hasrat untuk menjadi kerajaan semula.

Baik fokus menjadi pembangkang; banyak isu yang dilakukan PN pada hari ini boleh dijadikan isu. Pelantikan GLCs, TNB.

Kalau nak main game agama dan perkauman, kilang arak, kedai toto dah mula dibuka.

Pada akhirnya formula yang diusulkan DAP dan Amanah ini akan membawa kepada ketidakstabilan – seperti yang terbukti telah berlaku pada PH.

Mereka yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya.

Leave a Comment